Saturday, November 15, 2008

Rambo : The Undercover Mission (part 2)

Di nursery tersebut Rambo lihat hanya ada seorang pekerja perempuan yang sedang sibuk dengan kerja2nya..
"Aslm kak...ada kerja tak kat sini...?"
”Akak pun kerja kat sini dik..nanti lah, kalau tokeh datang, akak tanya kan ya..” "Alaa kak...bagi lah saya kerja kat sini..."Rambo merayu. Lalu tanpa dipinta dan dengan sedihnya Rambo bercerita pada akak tu... " Saya datang naik bas dari Kuantan...nak cari kerja.. Atas bas, saya kenal dengan sorang perempuan …Saya ingatkan dia baik…Tapi bila keesokan pagi sampai kat Taiping baru saya sedar semua duit dan beg baju saya hilang..Saya tak tahu apa yang jadi...mungkin saya kena pukau...Saya bingung la kak...dah lah saya tinggal sehelai sepinggang. Saya tumpang orang sampai kat sini.” Rasanya dia terharu gak dengar citer Rambo tu…sebab lepas tu dia benarkan Rambo buat apa2 kerja yang patut kat situ sambil menunggu boss nya datang… Rambo apa lagi.. buat le apa2 kerja yang boleh dibuat …. Mencabut rumput, membersihkan kawasan dengan pencakar, membakar daun2 kering.. ( nasib baik aaa Rambo dah biasa buat kerja2 cam ni tau..). Sambil2 tu Rambo ligat berfikir camana la nak contact fasilitator Rambo, Pak Man..kot dia tak jumpa cari Rambo kat mana ( sebab masa kat bus-stop tadi Rambo ada inform dia Rambo tak dapat kerja kat kedai makan tu dan dia kata nak datang ambil Rambo..). Fikir punya fikir..Rambo cari tandas...Hmm...dari dalam tandas tu le Rambo antar sms kat Pak Man beritahu di mana Rambo berada.. Lepas tu, Rambo sambung buat kerja2 tadi. Sambil buat kerja sambil borak dengan akak tu..(alaa.Rambo lupa ler nama dia ..) Tapi Rambo make sure le yang citer Rambo tak lari dari storyline tadi..hmm...salah citer, kantoi le jawabnya.. Masa tengah borak2 tu, ada sorang pakcik misai datang dengan motor kapcainya..(Pakcik ni lah yang tegur Rambo masa Rambo berjalan kaki dari kedai makan yang mula2 Rambo masuk cari kerja). Rambo tak tahu apa yang pakcik misai tu cakap dengan akak tu….sebab lepas tu dia blah cam tu jer….Tapi Rambo cakap la kat akak tu Rambo takut (kononnya lah….). " Pakcik tu marah saya ke kak? Dia nak tangkap saya ker..?!” Akak tu antara nak jawab dengan tak jer sebab lepas tu dia alih topik lain.. Akak tu terlalu baik orangnya. Dan entah camana atau atas faktor apa dia beria2 nak jadikan Rambo ni anak / adik angkat nya. "Nanti tido kat rumah akak je lah...Tak jauh ...kat dalam tu je..." Rambo senyum je....terima tidak...menolak pun tidak...Dalam hati..."ada aura jugak rupanya aku ni...heh2...!"
Rambo tak perasan bila boss nursery tu sampai...Tengok2 dah ada kat depan tu..Serius tapi nampak baik orangnya..Rambo buat selamba jer..dan si boss tu pun tak cakap apa2..Agaknya akak yang baik hati tu dah story semua pasal Rambo kat boss dia.. Tak lama lepas tu, pakcik yang bermisai lentik tu datang lagi. Terdetik dalam hati.......abis la Rambo kali ni... ” Mana IC kau? Aku nak tengok. ” Garang je suara dia..walau pun Rambo cool je..dalam hati risau la juga..takut kena belasah weh...! Rambo tak de pilihan kecuali menyerahkan IC Rambo yang berharga tu..( nasib baik bawak..kalau tidak..sah lah dia ingat Rambo ni pendatang tanpa izin....) "Engkau orang ni ada berapa orang sebenarnya? Kat kedai sana ada sorang lagi.intak kerja jugak..!". Nada suara dia dah agak meninggi...Nak gertak Rambo le tu.. Dengan IC masih di tangannya, Rambo diam je ler...Tapi Rambo cakap dengan perlahan kat akak tu..."Saya takut kak..jangan lah bawak saya ke balai polis..."..(berlakon , jangan tak berlakon..!) Rambo tahu akak tu simpati abis..tapi dia pun tak de pilihan agaknya.." Tak pe lah adik..pergi dulu balai polis...apa2 hal dia orang boleh bantu.." Dia cuba memujuk Rambo. Kemudian Rambo nampak sebuah kereta peronda polis (kereta Kancil) sampai. Rambo pun pergi dipanggil ke depan ...Kat situ dah ada beberapa orang... boss nursery, wife dia (rasanya lah), akak yang baik hati tu, dan si pakcik misai lentik ..Rambo actually dah bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan..Kalau kena angkut ke balai, Rambo ikut je lah..boleh gak dapat experience camana duduk dalam lokap kan ..heh2....!!
Sebernarnya Rambo tak lah takut pun tengok polis2 tu...Ya lah..Rambo kan anak polis..zaman kanak2 membesar dalam berek polis sebab arwah ayah sarjan polis, akak sulung ex-C.C. kat balai polis jitra,, arwah abang no.1 pun kerja polis dan abang no. 4 pun polis (sekarang bertugas kat timor leste) ... Rambo tengok 2 orang polis tu rileks je turun dari kereta...Tak de gaya nak tangkap Rambo pun....Apa hal lak dia orang ni...antara senyum dengan tidak je....! Dalam pada Rambo tengah blurr cam tu...salah seorang dari polis tu bisik kat Rambo.."nanti kejap lagi boss awak sampai.." Oooh...baru la Rambo paham...rahsia dah terbongkar beb..!!..Dah tak leh menyamar dah..! Lepas dia abiss je cakap cam tu...sebuah kereta mercedez kompressor pun sampai...Maka turun le dari kereta tu : trainer Rambo, Pak Su dan fasi Rambo, Pak Man and one of my colleague yang buat undercover kat gerai makan yang Rambo lalu tadi.. Bila Pak Su bukak citer je....maka berderai lah ketawa semua orang yang ada kat situ termasuklah si pakcik misai yang gertak Rambo tadi..! Pak Su explain le yang we all ni sedang berkursus...dan kena jalani modul menyamar tu.. ” Huh!..Aku ni sampai tak sempat nak gi beli ikan sebab risau sape lah orang yang tiba2 je cari kerja kat kampung ni...!!”..itu le kata2 si pakcik misai .. Semua orang nampak cam lega ....ya lah ..agaknya terungkai lah misteri di hati dan minda mereka....manusia mana lah yang ntah dari mana muncul kat kampung dia orang yang aman damai tu..heh2...! Dipendek kan citer, semuanya berakhir dengan baik...Sebelum beredar kami semua bersalam-salaman....dan Rambo mintak maaf pada dia orang if Rambo menyusahkan mereka... Dan akak nursery tadi still insist nak jadi kan Rambo ni adik / anak angkat nya...heh2...!! So, kengkawan...among the moral of the story ialah : Bukan senang nak cari kerja..
Jangan pandang rendah kat orang2 susah yang mintak tolong ngan kita..
Jangan pandang rendah pada orang2 kampung...dia orang ada budi bahasa dan sikap ingin menolong yang sangat tinggi ..contohnya akak nursery tadi, very humble and kind-hearted.. Begitu juga dengan akak kedai makan yang bagi Rambo RM 5 dan teh ais bungkus tu...(Rambo still simpan duit RM 5 tu tau dengan harapan untuk pulangkan pada akak tu semula di suatu hari nanti...) Kalau kita di tempat mereka dan didatangi oleh orang yang susah dan merayu mohon bantuan...bagaimana agaknya sikap / reaksi kita ya...?! Sama2 lah kita renung2kan.. Salam undercover dari seorang Rambo...
Rambo lepak depan kabin kat our camp selepas the undercover mission selesai..

3 comments:

Anonymous said...

ermm... memang sah kau orang tak pandai menyamar. Kenapa ler 2 org berada di area yang sama. Bukan org kampung tu tak cerdik tapi kau yg terlebih cerdik tu sebab mission kau tak berjaya. huhuhu....

Anonymous said...

memang mencabar nak dapatkan kerja ditempat org yg kita tak biasa dan tak kenal masyarakat sekeliling...sbb bukan mintak kerja kat pejabat tapi di gerai atau kerja-kerja kampung....hu hu hu

aifa99 said...

Ya Gee..bukan senang weh..tapi itu ler hakikat kehidupan..