Mulai sekarang, biasa2kan lah baca puisi2 Rambo ya...Ada antaranya dah berusia 23 tahun..terhasil nun dalam tahun 1985 lagi..Nak buat camna...Rambo memang minat puisi & sajak..seni kreatif tu..
Terimakasih
kerana menghadiahkan
aku sebuah memori,
dan mengenalkan aku
makna sebuah hakikat,
tanpa sedar,
kau mengajar aku erti sebuah azam
juga tekad
untuk membina sebuah harapan;
terimakasih
kerana membuat aku mengerti
yang ombak tidak sekeras badai
dan angin juga tidak sehebat taufan
( 25 Mei 1985 )
No comments:
Post a Comment