Monday, November 10, 2008

Rambo : The Undercover Mission

Kali ni Rambo nak share cerita masa kursus management teambuilding di Taiping Mei 2007..Modulnya : kita orang kena menyamar (undercover) jadi orang susah /miskin dan dapatkan pekerjaan di warung2 /kedai kopi/kedai makan di sekitar kampung berhampiran kem kami.. Tempoh menyamar : selama mana yang boleh...
Hmm...jangan tak caya...Rambo hampir2 kena angkut ke lokap oleh polis disebabkan undercover mission ni tau...!
So, ini lah ceritanya....
Kami dibawa dengan kereta oleh trainer & fasilitator kursus. Sebelum nya kami dah diberi pesanan supaya tidak membawa apa2 barangan berharga / barangan mewah. So, Rambo hanya bawak IC dan handphone untuk tujuan emergency call...tapi itupun sorok dalam poket seluar le..
Waktu turun kereta di simpang jalan kampung tu, akal dah mula celaru...camana ni..boleh ke Rambo buat undercover ni? Berdebar pun iya jugak...Iya le...mana pernah buat kerja2 cam ni.
Oleh kerana tak de choice, Rambo pujuk diri...yess..I can do this..If others can, why can't I kan..heh2..!
First stop, kedai makan. "Akak, saya nak mintak kerja kak..Tolonglah beri lah kerja apa2, saya sanggup buat.." Akak tu pandang Rambo atas, bawah..tapi dengan pandangan simpati. " Cuci pinggan pun tak pe kak...saya orang susah.." ( Heh2!.boleh ke ngkorang bayangkan Rambo berlakon sedih2 cam tu..!!). " Tak de kerja la dik kat sini"...Akak yang pakai cermin mata tu cakap kat Rambo dengan baik..Dia cam serba-salah jer..." Betull ni tak de kak? Tak pe lah kak..." Rambo pun melangkah keluar dengan longlai ( buat2 longlai dan sayu la kan...hai..bukan senang nak berlakon rupanya!)..Belum sempat berjalan jauh..akak tu panggil Rambo...." Adik, ambik lah air dan duit ni"..Akak tu hulurkan air teh ais bungkus dan duit RM 5.00..Rambo terima je (orang susah la katakan..!) dan Rambo ucapkan terimakasih. Sambil berjalan sambil minum air tu..Dengan hanya berselipar, track bottom, bertudung dan t-shirt lengan panjang yang agak lusuh...rasanya Rambo memang ada gaya ala2 orang myanmar / bangla gitu.....hah..hah..hah.!! Sampai di bus stop tak berapa jauh dari kedai makan tu, Rambo pun duduk lepak...( cari strategi beb!..tak nak lah gagal kursus ni kan..!!). Kat bus-stop tu, ada sorang remaja perempuan. Rambo pun tanya lah adik tu camana kalau nak pergi bandar. Dia pun explain la lebih kurang. "Akak ni dari mana?"..Hah! Malas lak nak create story kat budak ni...so, Rambo pun blah dari situ..jalan kaki le..Jauh gak rasanya Rambo berjalan...passed by satu lagi kedai makan...tapi tak leh nak buat undercover kat situ sebab Rambo nampak member Rambo yang sorang tu dah start kerja kat situ...Alahai...camana ni..Terpaksalah berjalan lagi sambil kepala ni ligat memikir camana / di mana nak dapat kerja ni...Jalan punya jalan...Rambo pun sampai le kat satu nursery ...bukan nursery baby...nursery pokok daa....
Apa nasib Rambo seterusnya....???
Ikutilah siri 2 : Undercover Mission yang penuh suspen ni...!

6 comments:

norzailina said...

"Rambo" (hehe...)

Menarik kisah 'menyamar' tu... suspens aje bila baca. Selamat dtg ke dunia bloggers & semoga gembira sentiasa hendaknya...

Anonymous said...

Mcm tak caya je si Rambo yg ganas ni leh nyamar jadi org susah dan miskin. Ni kena jumpa Yasmin Ahmad utk berlakon. Lakonan kau sehebat Erma atau Ogy ke. Hehe..
Wah ada unsur suspen lagi cerita ko. Ntah bila kau sambung ye. Hehe.

aifa99 said...

Kak Norza..TQ kerana sudi visit & memberikan response. Appreciate it very much.

BlueSapphire said...

Can't wait for next siri ....cepat update ok! i ter"miss" cerita tu lahhh....

Anonymous said...

terbayang muka kesian cik Rambo dok tengah minum teh ais..

aifa99 said...

Middlerock...coz of ur expensive glass & seluar golf tu ler rahsia kita terbongkar kan..!! A memorable experience...tu belum citer pasal ekspedisi buat lemang..!!.Hmm..remember how our che mah bought that lemang yg pendek & kontot..?!??