Rambo masih ingat..itu le first time tinggalkan keluarga untuk hidup berdikari...Bila family balik, aduhai....rasa sunyinya dunia..Time kat situ le baru belajar menulis surat untuk family...Rambo masih simpan semua surat2 dari family & friends...sentimental value tu..almost.23 years..Paling nostalgik of course surat2 dari arwah ayah.."Jaga solat" " Baca doa sebelum tidur" " Jaga diri".."Jangan lupa baca quran.." Itu le selalunya arwah ayah & arwah mak pesan..How I missed them ,Tuhan aje yang tahu..
Masa ujian penempatan kelas, Rambo sakit perut sangat tapi terpaksa gak ambik exam tu. So dalam keadaan sakit & kepayahan cam tu, Rambo cuba buat sebaik & semampu yang boleh...Bila result keluar, dapat masuk grup 9..Kalaulah Rambo tak sakit ya...
Jadual intensif dan padat, kelas dari pagi, petang bersukan dan malam kelas lagi. Paling Rambo ingat ialah semangat untuk bersaing dalam kelas..masing2 ingin mendapat markah yang baik dalam exam TOEFL. Dengan semangat berkobar2 cam tu, Rambo rasa u all boleh bayangkan betapa dissapointed nya Rambo bila dapat tahu tak boleh teruskan pengajian just after 3 months kat situ...Rambo menangis dalam toilet petang tu tau before one of the lecturer hantar Rambo dengan sorang teman senasib balik hostel...
Kawan baik Rambo masa tu : Titi Dolai Abd Kahar, orang Melaka. With a unique name, Dolai is a very nice, ever smiling & helpful person. Kami berkawan baik sebab duduk bersebelahan dalam kelas. Dolai, is a very determined person who always wants the best in her studies. Rambo banyak belajar dari beliau. Well, Dolai I still remember the night when we met for the last time before I kena balik kampung..heh2..! Never admit it, but that was one of the saat yang menyedihkan in my life..Only now I have the guts to recall that moment..Bila Dolai ke US, Rambo ke ITM Pahang, kami berhubung melalui air-mail. Masa tu tak de emel @ sms..beb! Zaman tulis surat..Bila dapat poskad atau surat, happy sangat. Kekadang bengang abis bila posmen tak datang. Pun sama, semua surat2 & poskad Dolai ada dalam simpanan Fara..boleh buat reference untuk buat novel satu hari nanti..tungguu..!!
Reunion dengan Dolai early this year - Hotel Shah Alam.
Well, those were the days..zaman remaja yang penuh dengan adventure & excitement.
Now?
It's a more challenging lives.
4 comments:
Aiseyman "cik-rambo", gambar tu patutnya di"blur"kan part muka tu, dah termalu le pulak saya ni :-)Biar orang tau nama je..I still remember masa tengok result TOEFL ramai-ramai kat notice board, ada la sorang mamat ni dok cakap saper la "titi dolai" ni, mesti sedara "Mr. Dorai" ni padahal I was right behind him. Of course, I just kept quiet la..Anyway, u still remember Mr. Dorai?The most garang Indian co-ordinator/teacher masa kt TOEFL dulu.
KPP time was indeed the first time we learned to be independent, kan? Get to know other friends and various "characters" from other parts of M'sia. The one that I can never forget until today was the early morning bus ride from our hostel to the class where whenever the bus was full and this group of kelantanese boys wanted to squeeze in, they'll just shout .."hok tino masuk dappur wei..!" Asking us girls to move further to the back of the bus to provide some space in the front part for them to chip in...
And, talking about KPP somemore..still remember Air Supply? hee..hee..I KNOW u know the songs..
Words of encouragement for you, do keep writing as you'll never know who's gonna read your blog, I know I will...
take care!
ttdolai
p/s: nasib baik i look "slim" in the photo..:-)
Okay pe gambar tu...tak pe la ramai orang kenal kan..kawan biar beribu2..heh2..!!
Thanks for your word of encouragement..terharu lak rasanya..You know me..I love writing..so insyaAllah I'll keep on blogging..
Take care to u too..
p.s. "jangan lupa bawak balik souvenir untuk I tau..heh2..!! "
Salam suka baca part nie...
this group of kelantanese boys wanted to squeeze in, they'll just shout .."hok tino masuk dappur wei..!" hehe...memang gitu pon. ya masih ingat kat Mr.Dorai selalu marah kat bebudak pantai timor ni.yang rata2 dok kelas bawah2..hehe termasuklah saya.:)
Teringat dok seksyen 8, belajar seksyen 17, pagi kol 5 dah kena bangun, balik kol 10 mlm...sikse betul...satu hari tak mandi, bayangkan pakai baju sekolah lak tu..takde contact lansung ngan dunia luar...hikkkss.
anyway, smua tu dah jadi kenangan. pe orang kata, kan ku kutip semua illusi lantas ku sandarkan pada sebuah kenangan yang abadi.
Selamat tahun baru Maal Hijrah 1430H.
Assalamualaikum....
Saya Muslim.. ingat lagi tak?? Budak DSS. cik rambo... saya dapat blog awak dari Zuhairi, kawan baik saya. Dan bila saya baca dengan lebih lanjut... saya AMAT terkejut.. bila membaca bahawa awak adalah kawan baik TITIDOLAIIII... DIA ADALAH KAWAN SAYA SEMASA DI SEKOLAH DULU...
Harap2.. awak dapat pergi ke blog saya dan beri nombor fon saya kepada TitiDolai ya..?? Saya ingin sangat berjumpa budak2 sekolah saya...
Sekian.
Post a Comment