Dalam posting "Perjalanan Panjang" 28/10/08 lepas Rambo ada maklumkan Hamzah Ramli kirim salam pada semua rakan2 ITMCP..
Rambo tak tahu dan tiada siapa yang tahu, itu salam terakhir beliau rupanya.
Rambo ada di kafetaria masa terima sms dari Shimah semalam.
Hamzah telah kembali ke rahmahtullah pada 3/11/08, hampir seminggu selepas Rambo dapat bercakap dengan beliau. ( nota : emel Bilal - rujuk blog budakitmpahang.blogspot.com),
Pemergian yang tiba-tiba.
Pemergian yang mengejutkan.
Alfatihah.
Lebih kurang 1 @ 2 minggu sebelum Rambo ke Port Dickson untuk Family Day pada 24 & 25 Oktober lepas, Rambo ada telefon Bilal tentang hal kerja. Dan bila Bilal tahu Rambo akan ke PD, dia kata, contact lah Hamzah. Rambo kata okay, bagi le no hp Hamzah. Bilal cakap nanti dia sms kan.
Sehingga lah Rambo dah sampai kat PD pada 24 Okt. tu, Rambo still tak dapat no. Hamzah. So Rambo contact Bilal. Bilal kata dah 2 – 3 kali hantar, tak dapat lagi ? Rambo kata, tak de pun. Tak pe lah, nanti dia hantar semula. Lepas tu baru le Rambo dapat no hp Hamzah.
Entah kenapa, Rambo teringin sangat nak cakap jugak dengan arwah, seorang kawan yang baik, dan selalu tersenyum.
Masa call, isteri arwah yang angkat. Arwah tengah drive agaknya. Arwah terkejut gak dapat call dari Rambo...ya lah kan...lepas graduate tahun 1988, almost 20 years baru dapat contact balik kawan lama. Antara yang Rambo ingat dalam perbualan tu arwah cakap :
“Aku dah settle down kat PD ni.”
Arwah macam tak percaya bila Rambo kata Rambo masih single. ” Kau biar betul Rambo?”arwah tanya. ” Betul le” Rambo kata. Lalu Rambo tanya pasal family beliau dan arwah seronok bercerita tentang isteri & anak2nya.
Arwah cakap dia nak buat open house hari Ahad tu 25/10/08...”Datang lah” dia invite Rambo. “ InsyaAllah ’Rambo kata.
Arwah jugak ada mention pasal kampungnya di Buluh Kasap, Segamat…cuma Rambo tak berapa ingat kenapa arwah mention tentang kampungnya…lebih kurang cam dia kata nak balik ke kampungnya tu…
Memang tak sangka, seminggu kemudian, arwah benar2 dapat balik ke kampungnya di Buluh Kasap, Segamat....tapi untuk disemadikan selama-lamanya.
Rambo tak terkata apa-apa,
Rambo tak terucap apa-apa.
Hanya ada sebak di hati.
Hanya dapat ucapkan takziah kepada keluarga beliau. ALFATIHAH, buat seorang kawan bernama Hamzah bin Ramli.
No comments:
Post a Comment