Saturday, September 27, 2008

Untuk Lynn..selamat pergi

Tiga bulan bukanlah terlalu lama. Tapi dalam jangkamasa tersebut macam2 boleh berlaku...Itulah yang aku rasakan bila Lynn datang berjumpa semalam dan bersalaman. Dia akan terbang ke New Zealand pertengahan bulan depan untuk bersama suaminya yang bekerja di sana. Bila Lynn sebak dan mengalirkan airmata semasa memeluk aku, aku pun turut sebak dan akhirnya menitik jua airmata aku..( tak rugged betul Rambo menangis kann..!!).. Lynn is one of those yang close dengan aku kat ofis ni. Yang setia mendengar cerita2 aku. Yang sudi berkongsi suka dan duka. Yang rajin melayan karenah2 aku. Yang tanpa banyak soal akan tolong aku dalam banyak hal termasuk bab2 buat special edition cards kan...! Well, I will miss you Lynn.. I'm proud that akhirnya awak berani jua buat something different ( hasil perkongsian konsep meps??!!)... Saya akan doakan awak selamat pergi dan kembali. Ooops...selagi tak jumpa setem2 dari setiap ceruk New Zealand tu....jangan balik sini tau..!!
Salam aidilfitiri to your hubby & kids, parents and especially to Pn Phaziah...heh2...!!!

No comments: