Thursday, September 25, 2008
Ramadhan Di ITMCP
Actually Rambo menyimpan sebuah jurnal which Rambo namakannya ‘Cetusan Nostalgia’. Written in 1988, just after our graduation, its all about my ITM World. ITM terlalu dekat di hati hingga setiap detik dan masa menjadi kenangan dan memori yang sukar dilupakan.
Oleh kerana kita masih dalam bulan Ramadhan yang mulia, Rambo nak flash back sikit zaman kita berpuasa di ITM dulu..These are excerpts from my journal..
Satu : Ramadhan Di Asrama Remaja
Kedatangan bulan Ramadhan aku sambut di rumah. Jadi bila balik ke Remaja aku jadi tak syok mengadap hidangan berbuka dan bersahur di sana. Anyway aku bersyukur dengan apa yang ada.
Petang2 sebelum berbuka selalu jugak aku ikut Achik, Shimot dan Kuda gi beli2 kuih/lauk kat depan Restoran Mira. Waktu berbuka pula kami berbuka di bilik Achik/Shimot (1206). Selain aku, Kuda dan kadang2 Mummy pun join sama. Aku tak pernah berbuka dengan Ida (nota: my room-mate) di bilik. Aneh, kan!
Dua : Ramadhan Datang Lagi (nota : Asrama Pangsapuri Bukit Sekilau)
First day puasa, we all berbondong2 gi ambik nasi dan lauk-pauk and kuih-muih dari dining hall kat bawah tu Berbuka kat rumah. Beberapa hari kemudian kami decide tak nak berbuka kat atas dah. Tak kick. So, we all pun mulalah berbuka di dining hall tu. Biasanya selepas masing2 dah isikan tray sendiri, sorang dua akan tinggal di situ menjaganya dari terkaman si kucing2 miauu…Yang lain akan ambik angin kat luar. At that time, they all kata aku kena berpantang makan ayam dan lain2 makanan yang boleh menyebabkan gatal, coz’ masa tu aku sakit…. (nota : kaki Rambo, rasanya yang sebelah kanan, diserang ulat air..bernanah2, tak baik2 hampir satu semester jugak le..) Jadi, terkulat2 jugaklah aku tengok orang lain makan ayam..(nota : siann kat Rambo, sampai hati korang tak bagi Rambo makan..). Tapi yang paling nostalgic masa tu bagi aku ialah makan sambal tumis petai yang selalu Kuda belikan (nota : sayang gak ko kat aku, ya Kuda..selamat hariraya, maaf zahir & batin, heh2..!). Rasa2nya kami lah group senior yang paling konsisten berbuka kat dining hall tu. Selepas berbuka, masing2 akan buat hal sendiri2lah. Ada sekali tu, Mummy beli bunga api..jadi kami pun tutup lampu rumah dan terus main kat beranda depan tu..Seronok…!! ( nota : kira nakal jugak lah kita time tu, ya..! Tapi, kira baik lagi la kan..setakat main bunga api…students Rambo sekarang,siap main mercun dalam rumah..aduhh…pening kepala gak dibuatnya..). Yang rajin gi solat Tarawih lak akan turun le sembahyang kat surau di bawah tu. Aku? Heh..heh..heh..! Aku termasuk dalam golongan yang tak rajin gi Tarawih..tak pernah sekali pun…Dahsyat betul!! ( nota : brutal gak aku masa tu ya..! Ooo..umur baru 19 years masa tu kan…tapi, insyaAllah sekarang dah baik beb! Insaf diri..umur dah 4-series ni...!!.).
Tiga : Ramadhan Di Perantauani (nota : Asrama Delima, Shah Alam)
Pertama kali berpuasa di tempat orang. Sedih jugak bila tiba waktu berbuka. Students akan beratur berderet2 kat dining hall tu dengan tupperware, pinggan-mangkuk, botol air dan sebagainya untuk mengambil nasi, lauk-pauk dan kuih-muih. Ada gak students yang prefer makan kat situ je, tapi group aku- Mummy, Kak Chik, Kok dan aku, akan naik ke atas untuk makan. Bab yang menyentuh hati ialah bila kami hanya dibenarkan mengambil lauk-pauk untuk 2 orang sahaja. Maka setiapkali tiba giliran, berkata lah kami sambil menghulurkan Tupperware : “ Kak, lauk untuk 2 orang ya..!” Terbayang rupa orang2 Ethiopia beratur mengambil makanan.! “ Sesekali kami akan turun ke Section 2 untuk beli makanan. Bilik aku ngan Kak Chik (3603) dijadikan ‘markas’ tetap untuk berbuka. Kami makan berempat dan Mummy lah yang jadi penglipur lara nya..Tanpa dia, kami akan rasa sunyi sikit. Kalau Mummy ada, siap lah..bilik tu akan bergegar dengan hu ha- hu ha kami..
Kebetulan waktu bulan Ramadhan tu, kami sedang menghadapi final-exam. Exam-fever melanda di mana-mana. Tidur aku pun tak menentu jadinya.Selepas berbuka, sembahyang dan sebagainya, biasanya aku akan study, kadang2 berjaga sampai sahur.
Di awal2 puasa tu, boys ramai yang main mercun. Dari Perindu, D4, D5, D6, dan dari D1 pun ada. Bingit telinga dilingkungi perang mercun cam tu. Di pertengahan dan di akhir bulan puasa pulak, perang mercun tu dah berkurangan, malah boleh dikatakan tiada langsung. This is becoz’ depa yang main mercun tu dah kena warning dek AJK asrama masing2. Maka amanlah suasana buat seketika…Tapi tak lama kemudian kawasan asrama akan jadi riuh-rendah lak dengan jeritan pelajar2 lelaki ni setiapkali lagu Selamat HariRaya berkumandang di udara..Lazimnya, lagu ‘Dendang Perantu’ nyanyian P.Ramlee akan diberi sambutan yang begitu meriah le..Mereka akan bersiul, menjerit dan melaung2 kesukaan..mungkin gak untuk melepaskan tension kot…!
Begitu lah citernya my Ramadhan di zaman ITM…boleh tahan gak nakal aku ya..dengan main bunga apinya, dengan tak gi solat tarawihnya…hmm..nasib baik lah aku jadi orang gak akhirnya..
Sekarang, tak de dah lah kena beratur mengambil makanan..Zaman dah berubah kan…..20 Ramadhan lepas, ada family-gathering kat rumah Rambo..sort of tradisi jugak lah berbuka puasa ramai2 dengan family members ni..Walaupun mak dengan ayah dah tak de, kami tetap hidupkan tradisi berbuka puasa bersama sekurang2 nya sekali dalam setiap bulan Ramadhan.
Before that, buka puasa beramai2 kat Masjid Semambu. Makanan punya lah banyak sampai rambang mata nak makan yang mana satu. Last2 Rambo sakit perut dek makan banyak sangat..!!
Back to ITM days…Rambo ada few other stories yang terjadi dalam bulan puasa la jugak. !! Nanti Rambo story lagi in my next posting. Ok, chow dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hehehe.. ko ingat lagi no bilik aku ekkk..
Memang brutal lah ko ni Rambo. Ingatkan budak lelaki je yang main mercun kat Asrama Remaja. Hehehe..
Sebenarnya masa bulan pose ni byk kenangan kat ITM kan. Aku lak pertama kali berpuasa berjauhan dgn family. Dah biasa bangun sahur pagi tapi dah duduk asrama terpaksa lah bersahur sebelum tidor. Tapi ada kenangan tau bersahur masa kat Asrama Remaja. Tu kau kena tanya Che Dat. Sepanjang hari aku pernah kena kutuk dgn Che Dat tau.
Post a Comment