Rambo rasa Rambo antara yang bertuah masa tu kerana dapat naik kereta antik Sharif Zafar...Masa tu induction week dan kami DPA Part 1 kena buat jamuan..Rambo dgn Siti Minah ikut Sharif dan Che Dat ke rumah Sharif kat Taman Guru untuk menggoreng keropok lekor. Sharif yang drive dan dia gelak2 je masa pelawa kita orang naik kereta dia tu. Kereta tu quite ok lah, cuma bodynya dah uzur sikit dan funny betul bila one of the pemegang pintu tu boleh tercabut..!! Ada lagi ke kereta antik tu, Sharif ya...!!
After selesai kerja goreng-menggoreng tu, we all singgah rumah Rambo..bukan apa, nak ambil selendang sebab malamnya kami akan bernasyid..! Jangan tak percaya Rambo bernasyid..Abang Bilal kita jadi lead singer dengan Kuda..Dan antara lain boys yang turut mendendangkan suara emas masing2 malam tu ialah Zuhari, Muliadi, Hamzah, Jamili, Hashim Pak Malau dan few others yang Rambo tak berapa ingat..Happy lah malam tu..sebab kita semua bersatu hati kan.. lepas event tu seingat Rambo kita dah payah nak bersatu hati dalam aktiviti2 seterusnya. Sebagai kenang-kenangan ini le lirik lagu nasyid yang kita nyanyikan malam tu..
Hidup ini bagai lampu dinding, yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering, ia kan pasti padam sendiri
Demikian juga hidup manusia, selama hidup di dunia ini
Apabila dah sampai umur usia, semuanya akan anda tinggalkan
Setelah tuan tinggalkan dunia, alam yang lain pula mengganti
Apakah anda dapat kurnia, untuk membela diri sendiri
Di sana insan lemas dan bimbang, tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang, semuanya itu dapat balasan.
Seronok kalau dapat buat reunion dan nyanyi balik lagu ni kan...!
1 comment:
yes...baru aku ingat buat pementasan tu. kalau x silap aku ler itu lah pertama kali dan terakhir kita join dgn senior (walaupun ramai senior lebih junior umur dari aku, Bilal, che dat, sharif dan ramai lagi). lepas dari itu jgn harap lah junior dan senior lelaki nak berbaik kecuali sorang dua tu yg jenis brutal.
Post a Comment