Rambo percaya semua orang akan teringatkan emak dan ayah bila tiba Aidilfitri kan…? Begitu jugalah Rambo…Sejak emak dengan ayah tak ada ni, rutin kami di pagi raya ialah menziarahi kubur mereka…. Kebetulan kubur abang Rambo juga berhampiran …jadi setiapkali ke sana kami akan bacakan yasin dan tahlil ringkas kepada ketiga-tiga arwah…Kalau ikutkan hati…memang rindu sangat pada mak, ayah dan abang……tapi itulah ketentuan Ilahi pada setiap insan…Yang pasti kita juga akan menyusul pergi bila tiba masanya nanti…
Al-fatihah kepada semua yang telah mendahului kita.
No comments:
Post a Comment