PROLOG :
Aku tanya akak, kenapa kita panggil Wan…kenapa bukan ibu, emak, umi, atau mama…Akak cakap, kita kan orang Kelantan…Wan adalah antara panggilan biasa digunakan …sama seperti cik atau mek..
Ooh…cam tu…
Jadi, …ini nota ringkas tentang saat-saat akhir aku bersama Wan… the greatest person I adore and admire; the best PR person I ever know, the ever – smiling person on earth I’ve known, my everything….
Bila Wan dah tak ada , I have no one to talk to ; no one to comfort me; no one to share the ups and downs in my life….I feel like I’m living in a vacuum – breathless…until today…
BAHAGIAN 1 :
Waktu tu petang…..aku dan Wan lepak-lepak kat kerusi favorite Wan di depan muka pintu..
Tiba-tiba kedengaran ayam berkokok …lalu Wan cakap kat aku “ Rasa macam nak mati aje…”
Wan pandang aku dan aku hanya mampu pandang Wan….
BAHAGIAN 2 :
Pagi hari Jumaat..7 Disember 2001 …bulan Ramadhan…..dalam bilik di ofis..aku terima panggilan telefon dari Eri…
Kedengaran Eri menangis teresak-esak..
“Kenapa Eri..”
“ Auntie…….
“Abah dah tak ada…”…!
Aku terdiam…benar2 terdiam…Abang (Abe) aku dah tak ada..?
Tiga hari lepas..Isnin 3 Disember 2001…anak abang, Eli, abang kepada Eri..kembali ke rahmatullah..
Dan…sekarang…giliran Abe..?
( Sewaktu bersalam dengan Abe sebelum kami bertolak balik ke Kuantan…Abe hanya memandang aku tanpa berkata apa-apa. Aku tahu Abe sedih. Tapi Abe lelaki. Seorang lelaki tidak akan menangis di depan ramai. Aku tak tahu rupanya itulah pandangan Abe yang terakhir…)
Dengan airmata bergenang, aku memandu pulang…sebaik sampai rumah..Abang Zamani dah ada…Dan ..Wan..dan ayah..nampak riak terkejut di wajah tapi mereka kelihatan tenang..
“….emmm…..mati dah anak aku…..” itu kata2 Wan yang tidak akan aku lupakan...tapi tidak setitik airmata pun yang aku lihat jatuh dari mata Wan…
Wan adalah setenang-tenang manusia yang aku kenal….
Jenazah abang diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan pesawat PDRM…
Malam itu, sewaktu orang2 yang datang menziarah telah reda…aku lihat Wan duduk bersebelahan dengan jenazah abang…dan Wan cakap….” Zi…Wan ampunkan semua dosa-dosa Zi….” Dan kemudian Wan membacakan ayat-ayat Al-quran….Tiada airmata di mata Wan…tetapi di hati Wan siapalah yang tahu…
Sehari dua selepas pengebumian…barangan peribadi abang daripada pejabatnya di Kem Bukit Galing dihantar ke rumah kami..Antara barangan tu termasuklah sebuah sofa berwarna pink dan satu unit rak buku…
Dan sepanjang pemerhatian aku.. Wan amat sayangkan sofa pink dan rak buku tu…Wan jaga sofa pink tu dengan baik ..dan Wan sentiasa kemaskan rak buku abang..
Mungkin Wan rindukan abang…
BAHAGIAN 3 :
2/1/2002 : started work after 10 days leave …
7/1/2002 : genap one month Brother Mood passed away….sedih mengenangkan all his sufferings…
11/1/2002 (Jumaat) : bawa Wan ke kubur Abe…..( rupanya tempat yang Wan duduk untuk membacakan Yasin itu menjadi tempat persemadian abadi untuk Wan…. )
13/1/2002 : once again have to do all the choosing and packing my late brother belongings…Aku penat amat but its something I have to do…
22/1/2002 : Mimi hospitalized….went to visit her….my Wira CBA9632 terlanggar belakang taxi parked at the HTAA…forgive me….forgive me..!
23/1/2002 : had a bad day in terms of my health…hari ketiga sakit..and I feel scared…entah kenapa…
27/1/2002 (Sabtu): Sewaktu Abang Zamani & Kak Hasanah nak hantar Ida balik ke asrama SMTAA, Wan teringin sangat nak ikut walaupun Wan cam kurang sihat. So Wan pun ikut mereka...Bila balik, Wan turun dari kereta dan berjalan perlahan tapi masih mengukir senyuman…” Cantiknya…” Wan sebut beberapa kali….Wan maksudkan pemandangan / persekitaran yang dia lalui sepanjang perjalanan sangat cantik dan indah di pandangan matanya..
29/1/2002 (Selasa) : Berita TV1 menyiarkan liputan tentang lawatan YAB MB ke PSDC untuk Majlis Pecah Tanah Perpustakaan….Dan Wan turut menonton liputan itu ….Wan duduk di kerusi favoritenya..depan muka pintu..Wan hanya tersenyum melihat gelagat dan komentar aku…
30/1/2002 (Rabu) : Aku tak pergi kerja….rasa letihhh sangat…Wan juga tak berapa sihat tapi Wan masih turun ke dapur untuk rutin hariannya…..
Aku cakap kat Wan….”Ara nak beli rumah la Wan…kat Bukit Rangin…”
Wan kata “ Belilah..”…Wan cakap sambil tersenyum…Wan memang suka senyum..
Malam tu..Wan tak selera makan..
Wan mintak aku buat kan quaker oat untuk nya….Aku buat kan..tapi Wan tak makan habis..
( nota : hingga kini quaker oat dan seangkatan dengannya hanya akan mengundang kesedihan dan mengingatkan aku pada Wan sebab itulah makanan terakhir yang aku buatkan untuk Wan..)
31/1/2002 (Khamis) :
Aku tak sempat lunch hari ni…laparnya …
Met Tina at 5.15pm…( ambik dia kat Maxis..) Send her & friend to airport..Kami makan laksa penang… ( walaupun pedas….kerana lapar …aku makan juga…)
ARRIVED home at about 7.15pm…
Aku lihat Wan terbaring di ruang tamu….Nafas Wan berombak… I thought Wan demam biasa tapi Wan jelas nampak uzur….I sat down beside her, urut Wan seadanya. Bila masuk waktu Maghrib, aku cakap kat Wan supaya masuk dulu ke bilik air…tapi Wan refused…Nak solat sekali dengan Isyak katanya…So around 8.00pm baru Wan masuk ke bilik air. But nearly 8.30pm Wan masih belum keluar…I told Wan…”dekat nak Isyak dah ni…”…Dan bila Wan keluar dan duduk di sejadahnya ( Wan solat secara duduk)..aku lah yang pakaikan telekung untuk Wan. Wan tak sempat solat Maghrib sebab azan Isyak dah dilaungkan. Jadi Wan solat Isyak dulu, baru solat Maghrib. Lepas habis solat, Wan terus baring… Di situlah…di tepi meja bulat..Wan bagai tak berdaya langsung….Aku sekali lagi duduk dekat Wan sambil mengurut dan memicit badan Wan…Nearly program Ehwal Islam..aku rasa mengantuk sangat…so aku masuk bilik dengan intention untuk tidur sekejap aje…But aku hanya tersedar semula at nearly 3.00am….!!
BAHAGIAN 4 :
Bila aku tersedar, aku dengar seperti ada ramai orang di rumah. Aku keluar bilik dan aku dapati Abang Zamani dah ada. Mereka sedang bersiap-siap untuk bawa Wan ke hospital. Aku agak terpinga-pinga tapi aku jugak terus bersiap. Bila mereka telefon rumah Ijon, panggilan tidak berjawab. So jam 3 pagi tu Abang Din pergi ke rumah Ijon untuk memaklumkan keadaan Wan..
Wan nampak uzur benar. Tidak berdaya untuk bangun. Lalu kami papah dan angkat Wan ke kerusi roda ayah lalu kami tolak Wan dengan kerusi roda itu untuk ke bilik air. Sewaktu Wan keluar dari bilik air, Wan tak berdaya untuk pakai baju sendiri. Lalu di depan bilik air itu, dalam bilik Tik..aku pakaikan baju Wan….baju kurung biru, berkain batik dan bertudung putih…Kemudian sekali lagi kami tolak Wan dengan kerusi roda hingga ke pintu depan…Sewaktu ditolak keluar..Wan sempat menoleh pada ayah dan berkata “ Pergi dulu…”..
Wan diangkat oleh abang-abang aku ke dalam kereta Abang Zamani…Aku duduk disebelah Wan di bahagian belakang kereta. Abang Zamani memandu. Sepanjang perjalanan, Wan hanya mendiamkan diri tapi tangannya asyik mengurut bahagian dada…” Sakit ..” katanya pada aku. Aku hanya terdiam..tidak terkata apa-apa..
BAHAGIAN 5 :
Sesampai di wad kecemasan…abang-abang aku sekali lagi mengangkat Wan ke kerusi roda dan Wan terus didaftarkan masuk ke wad kecemasan….Tapi itulah…nama wadnya ”kecemasan”….tapi aku tak nampak pun doctor bertugas ….
Aku tak tahu situasi sebenar Wan tapi abang Zamani cakap tekanan darah Wan rendah…Aku lihat Wan agak gelisah di katil hospital tu..Seluruh badan Wan sejuk..Aku diminta simpan tudung putih Wan.
Seketika kemudian barulah doctor wanita berbangsa sikh datang memeriksa Wan. Tapi kami masih belum dimaklumkan keadaan Wan yang sebenarnya…Setahu aku Wan tidak pernah ada penyakit selain sakit lututnya tu..
Di luar wad kecemasan itu abang Zamani mula menelefon akak di Jitra memaklumkan keadaan Wan. Di kala itulah aku merasa sedikit panik mengenangkan Wan.
Hampir jam 5.00pagi Wan dipindahkan ke wad biasa di tingkat 7. Kami mengiringi Wan ke sana. Ada 2 doktor perempuan yang memeriksa keadaan Wan di situ. Sewaktu aku menjenguk carta rawatan Wan, aku nampak perkataan “hypertension”..Mungkin doctor mencatatkan perkataan itu selepas abang Zamani menerangkan bahawa Wan amat merasakan kehilangan arwah Abe yang meninggal lebih kurang sebulan lepas… ( Begitulah Wan…biar sekuat mana tekanan yang dihadapinya, dia tidak akan menzahirkannya hatta pada anak-anaknya sekalipun…)
BAHAGIAN 6 :
Menghampiri jam 6.00 pagi kami balik sebentar ke rumah untuk solat Subuh. Jam 7.00pagi dengan memandu CBA aku telahpun kembali berada di hospital…di sisi Wan…
Keadaan Wan tidak banyak berubah…tampak uzur …sesekali gelisah..
Wan cakap Wan dahaga….Wan nak minum air…Tapi aku cam serbasalah sebab doctor pesan jangan bagi sebarangan…Tapi kakak2 aku bagi Wan minum….
Ada sekali tu Wan seakan mengigau dengan menghulurkan tangan kanannya dan berkata sesuatu…”panas dalam agaknya “…aku bercakap dalam hati sendirian….
Wan juga mengadu kaki kanannya terasa sakit sangat…… Aku setakat mendengar tapi tak boleh berbuat apa-apa..
Menjelang tengahari…Wan teringatkan ayah dan bertanya pada kami samada ayah dah makan ke belum…Begitulah setianya Wan sebagai seorang isteri…Wan akan sentiasa ingat keperluan makan-minum ayah….
Menjelang tengahari juga barulah Wan ditukarkan memakai baju pesakit hospital...Mulanya Wan enggan sebab Wan begitu menjaga auratnya ……Bagaimanapun atas pujukan..Wan akhirnya bersetuju…
Tengahari tu jugak aku telefon Linn…dan Linn cakap dia nak datang melawat …Aku tunggu juga tapi Linn tak datang..
Tak lama kemudian semasa aku duduk di sebelah memerhatikan Wan, kedengaran esak tangis daripada keluarga/saudara-mara pesakit di sebelah kanan hadapan katil Wan..Rupa-rupanya pesakit tersebut telah kembali ke rahmatullah…Aku pandang Wan dan Wan hanya memandang aku..
Kemudiann…aku tak ingat jam berapa tapi seorang doktor lelaki berbangsa India datang memeriksa Wan…Aku tidak dibenarkan melihat….dan aku jugak tidak diberikan sebarang penjelasan …Ego betul doctor ni..cakap aku dalam hati…Bidai sekeliling Wan ditarik ….jadi aku keluar ke beranda sebelah….Aku telefon Abang Zamani….
Abang cakap doktor dan jururawat sedang membuat small incision (tebukan kecil) pada dada Wan untuk mengeluarkan air dari paru-paru Wan….
Sewaktu Abang Zamani dan Kak Hasanah datang, proses tersebut masih belum selesai.
Kami menunggu…
Kami hanya dapat melihat dari jauh….
Bila bidai katil Wan dibuka…kami dapat lihat Wan sedang memakai alat bantuan pernafasan…dan masih dikellilingi doctor dan jururawat..
Wan merenung kami ..dan aku tak akan dapat lupakan renungan sayu dari mata Wan…
Dan kemudiannn…..
Keadaan seakan-akan jadi kelam-kabut…doctor dan jururawat seakan berkejaran kearah Wan…
Kami turut menerpa ke sisi Wan..
Abang Zamani sempat mengajar Wan mengucap….
Kami sempat mohon ampun dari Wan…
Di kala yang sama…abang2 dan kakak2 aku sampai…Ijon, abang Din, Kak Niza..kak linda…kak nor…hafiz..haziq…
Aku sempat mengalih sebentar alat pernafasan Wan sebab aku lihat Wan seakan-akan ingin katakan sesuatu…
Tapi suara Wan dah tak kedengaran….
Wan dah pergi menyahut panggilan penciptaNya….
Dan anak mana yang tidak akan menangisi pemergian ibunya……!!!...
Aku terpempan. Aku terduduk..
Hanya airmata….dan tangisan…menyelubungi kami ketika itu..
Dan akhirnya Kak Nor mengajak aku balik dahulu untuk urusan di rumah…
Ironisnya…CBA aku di parking lot itu pun tidak mahu hidup…masalah bateri..Sementara Kak Nor pergi mendapatkan kereta nya pula …di depan porch hospital itulah sekali lagi aku terduduk..dan airmata aku berjurai-jurai biarpun di depan ramai…..
CLOSURE
Wan….
Biar berliku kini … aku diuji….
Terbujur kaku jenazahmu
Sejuk dingin dahi mu yang aku kucup
Renungan akhir matamu yang sayu
Itulah yang akan menjadi semangat dan teman abadi dalam diari hidupku…
ALFATIHAH UNTUK BONDA NIK KHADIJAH BINTI WAN AHAMED.
(Kembali ke rahmatullah pada 01/02/2002)
4 comments:
sedihnya...al-fatihah untuk arwah wan dari cucumu..
al-fatihah untuk ibu awak. semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama2 mereka yang untung di akhirat.
kepada awak, semoga tabah menghadapi liku2 hidup dan diberkati allah sepanjang hayat.amins
al-fatihah.....moga rohnya dicucuri rahmat....
al fatihah.. hugs abe rambo..
Post a Comment