Monday, October 13, 2008

BILA RAMBO BERAYA....

Salam kepada yang sedang membaca..! Ada yang tanya, lamanya Rambo cuti raya….Kalau ikutkan, tak lah lama mana..4 hari je..may be timing lain sebab majoriti staf dah kerja Isnin 6/10/08 tapi Rambo hanya masuk ofis pada 9/10/08..hari Khamis. Hariraya tahun ni agak lain dari tahun2 sebelumnya…hmm..sebab apa ya..??!..Nana pasti tahu kot..! Tapi memang pun, sehari dua sebelum 1 Syawal tiba, Rambo dah rasa happy..sebab dapat sms daripada my idol yang ada nun jauh di Mekah masa tu.. Tak sangka la kan..sudi juga dia reply sms pada seorang Rambo yang bukan sesapa ni..Siapa dia ya..?! Nantilah, Rambo akan citer juga dalam blog ni.. 1st day Raya Aktiviti Raya bermula dengan ziarah kubur mak & ayah & abang Rambo selepas solat Aidilfitri…Kalau tak kuat, memang akan berderai2 lah airmata kan…tapi itulah hakikat kehidupan, yang hidup pasti akan mati..Kita juga akan menyusuli mereka yang telah pergi dulu.. Alfatihah untuk mereka.. 3rd day Raya Pada hariraya ketiga, Rambo dengan anak sedara Rambo, Hafiz, ke rumah Khamsiah Abd Rahman …After berbelas2 tahun tak berjumpa inilah peluang dapat bertemu kembali dengan Kok..So, pada yang dah lupa camanalah rupa cik khamsiah kita ni, tengok le gambar ni k…

Kham is happily married dengan orang kuat Kuantan Port and she is now a full-time housewife..Hmm…jangan marah, dia dah sampai ke Europe …ni yang Rambo jealous ni…! 5th day Raya Gambar ni pulak Rambo ambik masa hantar anak sedara Rambo, Nurul, balik Kelang pada hariraya ke-5..Dia pun tak tahu apa sebenarnya bentuk monumen ni…So cuba ngko orang teka apalah gamaknya benda ni.... Jangan ada yang kata ini salah satu khazanah ayah pin ya..dia kat trengganu, ini kelang daa….! 6th day Raya Punyalah adventure raya tahun ni, Rambo nekad juga nak cari Ruhaya Che Man, one of my best friend masa study kat UKM…kawan utk mengadu dan kawan bergaduh..heh2..! Bersama2 Aswad, anak sedara Rambo yang tengah bercinta tu, kami cari rumah Aya kat Sg Buloh..jumpa weh..!! So, pada member2 UKM…ini le Cik Ruhaya kita..after almost 15 years tak bertemu..Hmm..member kita ni pun dah puas tengok Europe..Ish.! Tak boleh jadi ni..Rambo kena ke sana jugak ..Err…ada sesapa nak sponsor??!

On the same day gak, petangnya Rambo dgn Aswad meredah kesesakan jalanraya untuk ke Balakong..The mission : cari rumah my first room-mate masa kat ITM…Azida Abdul Aziz….Tapi malangnya…misi kali ni tak berjaya…Asyik terlepas nak masuk ke Balakong..Lagipun, masa tu pun dah dekat 7pm…so kita orang decide balik je lah ke Gombak, rumah my nephew yang hensem tu…si Ezri.. Tak pe, tak pe…nanti next trip (yang tak pasti bila) insyaAllah Rambo akan sampai ke rumah Ida ya… 7th day Raya Rasanya kalau Rambo datang sorang je hari tu, harus Rambo akan stay lagi on the 7th day Raya ni…Ya lah kan…rumah Shimot kat Shah Alam tak pergi beraya lagi…heh2…!!..(itu la pasal Shimah, aku sms/call ko..2/3 kali….ha..ha..ha..!!). Anyway, oleh kerana Rambo & Aswad risau warga KL / Selangor akan muak dengan kehadiran kita orang ni.., so kita orang pun bertolak balik le ke Kuantan pagi tu ke kampung halaman sendiri kan.. 8th day Raya Penat gak tapi proceed dengan puasa…Belasah tido kat rumah..itu le gunanya cuti..heh2..! 9th day Raya Baru masuk ofis..Heh2...happynya dapat faks invitation raya from my idol’s office..Tapi Aswad dah nak balik Trengganu..nak pergi dengan sape ni..Tak kisah lah…kalau terpaksa gi sorang pun sorang lah.janji mesti sampai jugak kat situ..Balik ofis, terus gi Tunas Manja dengan Kak Linda…beli barang dapur sebab esok Khamsiah nak datang rumah dan kami akan buat family gathering pulak lepas Isyak kat rumah Rambo..Yang tak bestnya, dah masuk azan maghrib kita orang masih stuck kat TM tu..Kaunter sesak sebab ada 2 je yang dibuka dan alahai…mamat Bangla yang jadi cashier tu punya lah lemah-lembut mengira barang..rasa cam nak take over je kerja dia…!!.. Dan oleh kerana esok we all kerja dan petang baru balik malam tu jugaklah kena memproses apa2 yang patut…kalau nak buat semuanya esok rasa cam tak sempat je…Aduhai, kesiannn badan Rambo yang agak keletihan ni kan terpaksa bekerja keras sampai ke tengah malam.. 10th day Raya Lebih kurang 6pm lebih sikit baru Rambo sampai rumah…Masa tu Khamsiah dah sampai. Kham datang raya rumah Rambo dengan ex-staf PSDC, Fateen…dia orang ni berjiran. Nanti Rambo akan upload gambar dia orang. Siapa sangka ya..kawan lama Rambo dah jadi kawan kepada kawan baru Rambo lak..What a small world..! And Khamsiah ada bagi no hp Mohd Niza, our DPA classmate..sesapa yang nak number Niza, boleh le contact Rambo k.. Lepas Isyak, abang2 dan kakak serta anak2 sedara Rambo dah mula sampai kat rumah…Biasa gak buat family gathering kat rumah Rambo ni….Lepas makan2 tu, kita orang tengok video abang Rambo yang balik bercuti dari bertugas di Timor Leste..Hmm..kalau u all tengok budak kecik2 je berkaki ayam berjalan jauh semata2 nak dapatkan bekalan air..sure u all akan rasa kesiann..Bertuah kita kat Malaysia ni…air paip dalam rumah.. Bila dia orang dah balik…jam dah menunjukkan 11.00pm lebih….Penat gak sebab tak cukup rehat kan..so Rambo cakap kat Kak Linda & Kak Niza, Rambo surrender…dah tak larat nak mengemas, need a break, nak tidor jap..lagipun esok nak ke KL to attend jamuan Aidilfitri di rumah……jeng2….cuba teka..!!...Sapa teka dengan tepat, Rambo akan bagi rendang badak FOC…! Teka, jangan tak teka...

9 comments:

Anonymous said...

Wah.. Rambo raya sakan nampak. Ermm.. pasal sponsor ke Europe kau carilah kawan2 lama DPA yg ekonomi mereka bagus. Aku rasa ramai yg nak sponsor tu. Hehe..

Klu ko nak ke Kl tu rumah sapa ek. Klu rakan UKM kau tu tak tahu ler aku. Tapi kalau ITM pasti rumah Shema. Atau ada dato yg nak sponser ke Europe. Hehe..

Sabtu kelmarin Bilal ada call aku. Kami ada bincang sedikit pasal kau nak buat reunion DPA batch kita. So apa citer, senyap je. Kau ni hangat-hangat tahi badak lah. Huhu...

Klu kau contact Mohd. Niza tolong sampaikan salam aku pada dia ok.

aifa99 said...

Heh2...aku ni insyaAllah kalau diamanahkan buat sesuatu aku buat sebaik mungkin hingga selesai. Pasal reunion tu kan..ngko orang le yang buat senyap jer..aku ada antar sms & emel tak silap aku pada Antu Raya, Bilal, Apek, Arash ajak bincang tapi tak de response pun..jadi tak kan aku nak mesyuarat sorang2 kan..Tak pe, nnt kita start semula k..

Anonymous said...

Salam Rambo...aku tau ko dapat invitation drp sape...mesti drp Dato Paduka Sharifah Mazlina kan? Kan? Kan? yey! yey! dapat makan rendang badak Rambo!!

Anonymous said...

meriah sungguh raya ye.... aku sbnrnya tgh merebus ketupat utk majlis hari raya esok kat ofis. sambil duk tunggu tu aku singgahlah kat blog ko ni. kok masih mcm dulu ek..kalau ko tel dia nti sampaikan salam aku utk kok. utk zm esok singgahlah kat ofis aku mkn free...

ko bila nak ziarah org kat jb?....

aifa99 said...

Hi Huda..!! Sudi gak ko jengok blog aku..ya..TQ TQ..Bestnya kalau dpt makan ketupat yg ko rebus tu kan..emel le gambor kat aku k..
Ke JB? InsyaAllah aku akan sampai jua ke sana..tungguuuu...!

Anonymous said...

Rambo, ko tak nak terima kasih kat org yg beritahu Huda pasal blog ni?
Ye lah tu ko nak ke JB. Huhu...
Huda tu rebus ketupat atau rebus spare parts. Hehehe....

Anonymous said...

ntilah senang2 aku emel kan ye! kalau nak ke jb boleh kita arrange jumpa mummy sbb aku dgr mummy selalu turun jb cuma tak berkesempatan nak jumpa...buat zm dtglah beraya kat umah aku nti aku masakkan nasi beriyani special biar bertambah2 spare parts or....
hehe

aifa99 said...

Iya zuhairi..tenkiu2 coz inform cik huda kita about this blog. Actually aku hilang no hp ko le cik huda wehh..Nnti klu aku datang jb ko masak ketupat utk aku k..

Anonymous said...

Biasalah tu rambo. Macam tak caya je Huda nak ajak aku ke rumah. Cik abang kat umah tu tak jeles? Kan dia tak bole dengar nama aku. Huhu.. Peliklah, member kat ofis dan kenalan lain pun husband masing-masing jeles kalau wife mereka rapat dgn aku. Kenapa ek.. Ni nak kena tanya pakar motivasi seperti Bilal. Haha....